Kelas jahit manik asas

Beberapa hari lepas saya ada kongsi gambar student belajar jahit chunky beads. Kali ni saya kongsi pula pasal Pn. Sally yang menghadiri kelas jahitan manik asas. 

Apa beza kelas ni dengan yang chunky beads tu?? Kelas ni special sikit, dari pagi 11 - 5 ptg, anda boleh belajar dalam 12 teknik jahitan manik! banyak kan? ya memang banyak, ini adalah teknik2 asas jahitan manik. Bila dah pandai teknik - teknik ni anda boleh dah jahit macam - macam cara dan jenis jahitan manik menggunakan, pearl, manik jepun dan sequins. 

Apa lagi yang special pasal kelas ni? anda dapat sijil penyertaan dari kami. :) Ada 5 kelas yang anda boleh hadiri dan boleh lah kumpul 5 sijil dan dalami lebih lanjut teknik jahitan manik yang ada. Buka page ini. Sangat berbaloi, lepas tu anda dah boleh mula mengambil upah jahitan manik.



dah siap pun, inilah jahitan Pn. Sally

Tahniah Pn. Sally dan terima kasih kerana memilih De Beads

Kelas jahitan manik asas

Comments

Popular Posts