Bengkel jahitan manik moden MPWK

Pada 8 Oct lepas, kami di jemput untuk mengajar bengkel Jahitan Manik Moden, program oleh Majlis Pembangunan Wanita dan keluarga (MPWK) yang dirasmikan oleh Dr. Hjh Zahrah A. Kadir di Kuala Selangor.

Hampir 50 peserta dari sekitar Selangor dan KL yang mengambil bahagian. Program ini bertujuan untuk menambah ilmu dalam bidang jahitan manik dimana ianya boleh membantu para peserta menjana pendapatan melalui jahitan manik. Peserta2 yang hadir adalah pelbagai, ada yang dah mahir dan sudah mengambil upah melalui jahitan manik, ada yang baru pertama kali mencuba.

Program separuh hari ini mendapat sambitan yang menggalakkan 😊. Hopefully ilmu yang diterima dapat memberi manfaat kepada mereka yang hadir.

Jahitan manik memang boleh menjana pendapatan jika benar2 fokus dan serious dalam bidang ini. Daripada suka2 nak belajar, jadi hobi mengisi masa lapang, nanti start terima upah dari kawan - kawan and lama kelamaan anda boleh membuka butik sendiri. InsyaAllah.

So siapa2 yang berminat boleh jemput kami untuk mengajar 😉

Siapa nak belajar boleh cek info di --> http://www.debeadscollection.com/p/class.html?m=1
Contact Ayu 0172836592 / Zil - 0102258942


Pembukaan dan perasmian oleh Dr. Hjh Zahrah A. Kadir 

Cikgu Ayu sedang mengajar teknik - teknik jahitan manik moden. Kami menggunakan presenter so semua student boleh follow apa yang diajar dari screen.



Di akhir kelas, 15 minit masa diberi (sebab dah terlebih masa) untuk para pelajar mereka sulaman manik sendiri dan yang cantik, kemas dan kreatif di pilih dan diberi hadiah.



Pemenang Pertama


Pemenang kedua

Pemenang Ketiga

Inilah 3 corak jahitan manik moden yang dipelajari oleh para pelajar 


#debeadscollection #manik #beading #beads #kahwin #sayajualmanik #kahwin #beadingservice #kedaimanik #kelasmanik #workshop #bajukurung #muslimah #kebaya #debeadstutorial #Jahitmanik #sulamanmanik #jahitmanikdesign #jahit #jahitmanikpukal #pukal #mpwk #wanita #embellishment #likeforlike #shawl #fashion #handicraft #tempahanjahitmanik #persatuanwanita

Comments

Popular Posts